Tuesday 22 March 2011

Pengantin atau Raja Sehari yang bakal melangkah ke  gerbang perkahwinan boleh merealisasikan impian hari bahagia mereka di Bridal Studio. Di sini segala keperluan dan khidmat runding untuk majlis perkahwinan menjadi lebih mudah kerana kami menyediakan pakej lengkap untuk raja sehari, daripada tatarias pengantin sehinggalah aturcara majlis.
Bagi menyerlahkan penampilan pengantin, khidmat solekan dan andaman juga disediakan untuk memudahkan pengantin menyuai padan pakaian dan solekan tanpa perlu ke tempat lain. Kami memastikan pengantin menjadi tumpuan tetamu dengan solekan dan andaman yang lain dari hari-hari biasa. Senyuman kepuasan daripada pengantin menjadi matlamat kami...

Hiasan pelamin dan bilik tidur pengantin antara persiapan utama yang perlu sebelum melangkah ke hari bergelar raja sehari. Sentuhan kreatif daripada kami pasti tidak akan mengecewakan anda. Gambarkan kepada kami hiasan yang anda inginkan dan kami sedia membantu melengkapkan hari perkahwinan anda menjadi indah dan meriah.
Bridal Studio merupakan butik pengantin pilihan anda. Kami mempunyai pelbagai rekaan baju pengantin terkini khusus untuk pilihan anda termasuk bagi pengantin bertudung.
Singgahlah ke butik kami di Bagan Serai dan juga di Parit Buntar, Perak bagi melihat sendiri keindahan pakaian pengantin Bridal Studio.
Layari ruangan CONTACT US bagi mengetahui lokasi dan berhubung dengan kami serta layari ruangan PERKHIDMATAN bagi mengetahui khidmat yang kami sediakan
Semua gambar yang terkandung di dalam Laman Web ini adalah hak milik sepenuhnya Bridal Studio. Sebarang penyalinan atau pameran gambar tersebut adalah dilarang sama sekali tanpa kebenaran bertulis daripada Bridal Studio.
Terima Kasih

0 comments:

Post a Comment

 
Free Blogger TemplatesFree Joomla TemplatesFree Blogger TemplatesFree Website TemplatesFree Wordpress Themes TemplatesFree CSS TemplatesFree Wordpress ThemesFree CSS Templates dreamweaver